what is the time now??

6/28/2009

SEMESTER 3 TELAH MENJELANG TIBA...

Posted by nur izzati binti mat zin



Pada 22 Jun semua kuliah telah bermula semula..

Nama kite PPISMP SEM 2 telah bertukar menjadi PPISMP SEM 3..

(PPISMP 3.01, PPISMP 3.02, PPISMP 3.03, PPISMP 3.04, PPISMP 3.05, dan PPISMP 3.06)


Barulah kite semua sedar yang kite semua semakin tua... Tahun depan umur kite sudah mencecah angka 20 an dan ada yang 21 dan ada juga yang 22...


Walaupun SEM 3 telah menjelang, tetapi mood masih di takuk yang lama.. Diharapkan semua akan kembali bersemangat menghadapi SEM 3 yang baru ini..


BAK KATA PEPATAH:

HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI..


fikir2kanlah dan renung2 kan lah...

6/28/2009

DEBAT KEPENGGUNAAN 2009

Posted by nur izzati binti mat zin

Pada 18-21 Jun yang lalu, IPGM KPI telah menghantar pendebat2 kita (Mohd Nazmi Bin Jaafar, Mohd Amirullah Maula Ismail dan Mohd Rafee Bin Mohamad) ke UTHM...
Debat tersebut adalah di antara IPTA, IPTS dan Institut Perguruan..

Sebanyak 42 pasukan telah mengambil tempat..
Alhamdulillah IPGM KPI telah mendapat tempat kedua daripada 42 pasukan di dalam liga..
IPGM KPI berjaya masuk ke peringkat suku akhir(hanya 8 pasukan yang berjaya ke suku akhir), tetapi tewas di tangan UITM...

Walau apepun kita mendapat tempat ke 5 keseluruhan dan abg rafee berjaya mendapat top ten pendebat universiti...

di dalam 6 perlawanan kite berjaya memenangi 5 perlawanan.. kita berjaya mengalahkan IPIK, MMU, UNIMAP, IP GAYA dan juga USM...

6/11/2009

AL-FATIHAH

Posted by nur izzati binti mat zin

Assalamualaikum...

Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk:

- Ibu Zahid (ppismp 2.04) yang telah meninggal dunia malam tadi...
- Datuk kepada Halimatus Saadiah (ppismp 2.01) yang sedang nazak...

p/s: kami, seluruh warga batch ppismp ipgm kpi mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Zahid yang berada di Kuala Pilah..

5/27/2009

..........JOM BALIK KAMPUNG.......

Posted by nur izzati binti mat zin


Yeehee, merdeka....

exam dah habis...

mari kita semua pulang ke kampung halaman..

Rasanya sudah pasti ramai di antara kita yang sudah tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung halaman... masakan ibu sudah dibayangi... tv, astro dan dvd sudah termimpi-mimpi...

dan yang paling best sekali waktu tido yang banyak telah di nanti-nanti..


Diharapkan kepada semua batch kite, buat lah kerja yang berfaedah ya, semasa cuti nanti..

janganlah kita asyik dengan melakukan perkara-perkara lagha... bantulah ibu bapa dalam kehidupan seharian mereka, dan bahgiakanlah hati mereka semasa mereka masih ada..

Wallahualam...

p/s: gambar itu sekadar hiasan sahaja, tiada kaitan sama ada dengan yang hidup ataupun yg telah tiada...

5/17/2009

PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN

Posted by nur izzati binti mat zin



19 MEI/SELASA (8.30-9.45am) - ENGLISH LANGUAGE

(2.30-3.45pm) - BAHASA MELAYU & BAHASA ARAB

20 MEI/RABU (8.30-9.45am) - MATHEMATICS 1 & MATHEMATICS 3

21 MEI/KHAMIS (8.30-9.45am) - KAJIAN SOSIAL 1

22 MEI/JUMAAT (8.30-9.45am) - PENDIDIKAN JASMANI 1& PENDIDIKAN ISLAM 1

26 MEI/SELASA (2.30-3.45pm) - SEMUA KERTAS 2 (MATH/KS/PJ/BM/PA)


GUDLUCK TO EVERYONE...

5/09/2009

EXAM SUDAH DEKAT....

Posted by nur izzati binti mat zin

Berikut Ialah Jadual Peperiksaan Semester Bagi PPISMP Sem2:

18 MEI/ISNIN (8.30-9.45am) - BAHASA MELAYU
19 MEI/SELASA (8.30-9.45am) - ENGLISH LANGUAGE
20 MEI/RABU (8.30-9.45am) - MATHEMATICS
21 MEI/KHAMIS (8.30-9.45am) - KAJIAN SOSIAL 1
22 MEI/JUMAAT (8.30-9.45am) - PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN ISLAM 1
26 MEI/SELASA (2.30-3.45pm) - SEMUA KERTAS 2 (MATH/KS/PJ/PEMULIHAN/PA)


Diharap kita semua dapat menjawab peperiksaan dengan mudah dan hati yang terbuka..
GUD LUCK to all of you... HOPE ALL OF US WILL SUCCESS...

4/28/2009

KEJOHANAN OLAHRAGA IPGM KPI???

Posted by nur izzati binti mat zin

Pada 29 April 2009 bersamaan dengan hari rabu, IPGM KPI akan mengadakan kejohanan olahraga peringkat IPGM KPI...

Terdapat 5 buah rumah sukan iaitu rumah kuning, biru, oren, hijau dan juga merah...
semuanya memberikan saingan yang sengit untuk mengejar kemenangan...

apepun marilah kita bersama-sama memberikan komitmen yang jitu kepada hari sukan ipgm kpi kita.... akhir kata, majulah sukan untuk ipgm kpi...

after sukan, marilah kita sama-sama pulang ke rumah...