what is the time now??

11/13/2008
Posted by nur izzati binti mat zin

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
Semua pelajar sem 1, tersenyum gembira apabila sudah menyelesaikan
peperiksaan semester ini...
Ada yang keluar berjalan-jalan dan ada yang pula yang terus balik ke asrama untuk mengemas barang-barang untuk pulang esok..
YIPPI!! Gembiranya rasanya...
apa-apa pun selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar ipis...
semoga cuti ini diisi dengan perkara berfaedah..

11/07/2008
Posted by nur izzati binti mat zin

Muslimin yang baik

عَنْ عبد الله بن عُمْرِو بْنِ العَاصِ يَقُولُ اِنَّ رَجُلاسَأَلَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّن أَتَى الْمُسلِمِيْنَ خَيْرٌ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنَ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Dari Abdullah bin Amr bin Ash katanya: Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : "Siapakah yang terbaik di antara kaum muslimin ini?"Jawab Rasulullah s.a.w. : "Ialah kaum muslimin yang terhindar dari bencana lidah dan tangannya"

11/04/2008
Posted by nur izzati binti mat zin

Kekosongan 26,000 guru diisi tahun depan

PUTRAJAYA: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kekosongan 26,000 jawatan perguruan akan tetap diisi pada tahun depan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang. Katanya beliau juga akan memastikan 14 sekolah yang sedang dalam pembinaan akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun depan. “Apa jua usaha dan program untuk mempertingkatkan pendidikan kepada anak bangsa pasti terus dipertahankan dalam apa jua keadaan kerana pendidikan amat penting,” katanya kepada pemberita pada Hari Kualiti Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

11/04/2008

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

Posted by nur izzati binti mat zin

  1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
  2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
  3. Tidur yang mencukupi.
  4. Menjaga kesihatan diri.
  5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
  6. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
  7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
  8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
  9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akanmeransang kecerdasan otak.
  10. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
  11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
  12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
  13. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
  14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
  15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
  16. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
  17. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
  18. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
  19. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
  20. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
  21. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

11/03/2008

TIPS MENJAWAB PEPERIKSAAN

Posted by nur izzati binti mat zin

Revision Tips
Panduan Mengulangkaji


 Make your own short notes or use mind maps. This is an
active studying skill, which will help you to better
understand the concepts.
Tuliskan nota singkat atau gunakan peta minda. Ini
cara pembelajaran aktif yang dapat membantu
minda pelajar mendalami konsep-konsep yang dipelajari.

 Review your understanding of the concepts by trying out
examination questions.
Imbas kembali kefahaman konsep dengan menjawab
kertas-kertas soalan peperiksaan

 Practise your time management when answering
examination questions a few times to improve your time
management skills
Berlatih mengurus waktu bila menjawab soalan
peperiksaan beberapa kali supaya dapat memperbaiki
pengurusan waktunya

 Set aside at least 2 hours each day to study and schedule
each subject so no subject is ignored. The best times to
study are from 3.00 pm – 6.00 pm or 7.30 pm – 9.30 pm.
Avoid studying late into the night because this would make
you tired the next day.

Ketepikan sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari untuk
belajar. Jadualkan tiap matapelajaran supaya tidak
mengabaikan sebarang matapelajaran. Sebaik-baiknya
belajar pada waktu petang dari jam 3 hingga 6 petang
atau dari jam 7.30 hingga 9.30 malam. Pelajar tidak
harus belajar pada lewat malam kerana ini akan
menyebabkannya rasa letih pada keesokan hari.

 Get into the routine of examinations with child
Tetapkan rutin atau kebiasaan menghadapi peperiksaan
bersama anak

 Set and communicate clear goals
Tetapkan matlamat jelas

 Enhance proficiency in English language
Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

 Incorporate Mathematics into daily lives
Terapkan Matematik dalam kehidupan seharian

 Start mediation of learning early
Mulakan pengantaraan pembelajaran dari awal

 Ensure total family involvement
Pastikan penglibatan seluruh keluarga

 Establish wide support network
Tubuhkan jaringan sokongan yang luas

11/02/2008
Posted by nur izzati binti mat zin

Terima kasih kepada semua yang telah mengakses blog ni...
segala kesilapan yang telah dimaklumkan telah diperbaiki...
sila semak semula segala pembaharuan yang telah dibuat..
Berkenaan dengan gambar, pada cuti semester nanti saya akan melancarkan laman web batch kite...
oleh itu, gambar setiap seorang akan terpapar di dalam laman web yang bakal dilancarkan nanti...
sekian sahaja.... syukran...
editor-izzatimatzin

11/02/2008
Posted by nur izzati binti mat zin

Kepada semua warga ipis, gudluck for tomorrow...
especially ppismp 1.03 yang akan menjalani peperiksaan math pada esok hari..
Semoga kamu semua dapat menjawab dengan jayanya..
Hayya bina... Chayyo... Pasha...
Berusahalah...

11/02/2008
Posted by nur izzati binti mat zin

LAU ADRUS TEN GAH

(bermaksud, kalau belajar, berjaya)

11/02/2008

Selamat datang...

Posted by nur izzati binti mat zin

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung blog pelajar-pelajar ipis ambilan julai 2008
Blog ini disediakan untuk memberi informasi-informasi terbaru kepada semua batch 2008...
Blog ini masih di dalam proses penambahbaikan...
oleh itu, saya sangat meminta maaf jika blog ini tidak memuaskan hati semua pihak..
insyaallah, jika ada masa yang lapang, saya akan menambahkan segala isi yang sepatutnya dan akan menambah baik, blog ini....
sekian, terima kasih....

11/02/2008

Jadual peperksaan ppismp semester 1

Posted by nur izzati binti mat zin

Isnin- 3 november- math 1 n math 2
Khamis- 6 nivember -kajian sosial 1
isnin- 10 november - bahasa melayu 1 n bahasa arab 1
selasa - 11 november - pendidikan jasmani 1 n pengajian islam 1
rabu- 12 november - english language
khamis - 13 november - kertas 2 (kumpulan b)

*(semua peperiksaan adalah pada pukul 2.30-3.45 petang)
harap maklum