what is the time now??

11/04/2008
Posted by nur izzati binti mat zin

Kekosongan 26,000 guru diisi tahun depan

PUTRAJAYA: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kekosongan 26,000 jawatan perguruan akan tetap diisi pada tahun depan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang. Katanya beliau juga akan memastikan 14 sekolah yang sedang dalam pembinaan akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun depan. “Apa jua usaha dan program untuk mempertingkatkan pendidikan kepada anak bangsa pasti terus dipertahankan dalam apa jua keadaan kerana pendidikan amat penting,” katanya kepada pemberita pada Hari Kualiti Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

0 comments: